COVID-19: Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Niat Untuk Menunaikan Ibadah Haji Tahun Ini

Trending

COVID-19: Arab Saudi Minta Umat Islam Tangguhkan Niat Untuk Menunaikan Ibadah Haji Tahun Ini

Penyakit yang berpunca daripada virus COVID-19 berjangkit dengan sangat mudah. Hanya kerana partikel kecil ini banyak aktiviti yang melibatkan orang ramai terpaksa dibatalkan serta-merta termasuklah ibadah umat islam.

Baca: COVID-19: Yusuf Al-Qaradawi Gesa Masjid Di Seluruh Dunia Tangguhkan Solat Jumaat

Advertisement

‘Menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan’ merupakan Rukun Islam Ke-5 dan ia sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menunaikannya.

Namun kali ini dikhabarkan, pandemik coronavirus di Arab Saudi telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai sama ada haji tahun ini patut diteruskan atau tidak kerana risiko penyebaran jangkitan virus ini lebih ‘aktif’ semasa perhimpunan beramai-ramai.

Ibadah haji ini bakal melibatkan sekumpulan umat Islam yang ramai

Gambar Hiasan

Ibadah haji yang bakal melibatkan sekitar 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia itu telah dijadualkan akan bermula pada hujung bulan Julai ini. Mereka selalunya akan datang ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah wajib tersebut.

Sebelum ini, Arab Saudi telah menangguhkan ibadah umrah di sana. Tindakan tersebut telah menghentikan semua penerbangan penumpang antarabangsa minggu lalu. Selain itu, sekatan laluan masuk dan keluar beberapa bandar raya disana termasuk Mekah dan Madinah juga sudah dilakukan.

Adakah ibadah haji tahun ini akan dibatalkan?

Pembatalan haji tidak pernah berlaku sebelum ini.

Foto kawasan mekah yang dikosongkan

Ekoran daripada masalah itu, Arab Saudi telah menyeru kepada seluruh umat Islam supaya menunggu penjelasan yang tepat mengenai pandemik coronavirus sebelum merancang untuk menunaikan ibadah Haji.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...