COVID-19: Amerika Syarikat Berdepan Kemungkinan Catat 100,000 Kes Baru Setiap Hari

COVID-19

COVID-19: Amerika Syarikat Berdepan Kemungkinan Catat 100,000 Kes Baru Setiap Hari

Kes keseluruhan COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah angka 10,585,152 kes dengan Amerika Syarikat kekal menjadi negara paling teruk terjejas. Amerika Syarikat (AS) kini merekodkan 2,727,853 kes dengan 130,122 kematian setakat ini.

Pakar penyelidik penyakit utama, Dr Anthony Fauci telah memberitahu Senat AS bahawa dia “tidak akan terkejut” sekiranya kes virus baru di negara itu mampu mencapai 100,000 orang setiap hari.

Advertisement

“Jelas kita sangat tidak terkawal sekarang ini.”

Dia turut memperingatkan bahawa masih lagi ramai rakyat AS yang tidak memakai topeng muka atau melakukan penjarakan sosial ketika di tempat awam. Semasa perbicaraan, dia mengatakan kira-kira separuh daripada kes baru datang dari empat negeri.

Sebelum ini, gabenor New York mengatakan hampir separuh daripada rakyat AS mesti dikuarantin jika mereka mengunjungi negeri itu. Pada hari Selasa, kes meningkat lebih daripada 40,000 dalam satu hari untuk kali keempat dalam lima hari terakhir.

Peningkatan terlalu tinggi telah memaksa sekurang-kurangnya 16 negeri untuk menghentikan atau membatalkan rancangan pembukaan semula mereka. Florida, Arizona, Texas dan California adalah empat negeri yang dirujuk oleh Dr Fauci sebagai yang paling banyak dilanda ketika ini.

“Jika anda meneliti situasi yang berlaku, anda boleh lihat klip visual yang menunjukkan orang ramai bersosial tanpa memakai topeng, berada di tempat sesak dan tidak memberi perhatian kepada garis panduan yang telah dikeluarkan.”

dr anthony fauci

Menurutnya, jika amalan ini diteruskan Amerika Syarikat akan berada dalam keadaan yang bahaya di mana akan lebih ramai lagi yang menderita. Dr Fauci juga meminta pemerintah AS untuk mengedarkan topeng muka secara percuma kepada semua rakyat mereka untuk menggalakkan pemakaiannya.

Robert Redfield, Pengarah Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengatakan kepada penggubal undang-undang bahawa 12 negeri telah melihat jumlah kemasukan ke hospital meningkat. Di mana Arizona telah mencatatkan peningkatan angka kematian yang serius.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...