COVID-19: 9 Kes Baharu Dan Terdapat Satu Kluster Baharu Dikenalpasti Hari Ini

COVID-19

COVID-19: 9 Kes Baharu Dan Terdapat Satu Kluster Baharu Dikenalpasti Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini dalam kenyataannya memberitahu terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Maju.

Menurut KKM, kluster tersebut berasal dari sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Advertisement

Dua (2) kes pertama kluster ini iaitu kes ke-9176 dan kes ke-9177 telah dilaporkan pada 16 Ogos 2020. Mereka merupakan pekerja di restoran tersebut yang dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang telah dijalankan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

KKM kemudiannya melakukan saringan kontak rapat, di mana kes baharu kluster ini yang merupakan pelanggan restoran tersebut telah dikesan. Pesakit itu yang mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos 2020, telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Setakat ini, seramai 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan. Daripada jumlah ini tiga kes dikesan positif COVID-19 dan 669 individu lain adalah negatif.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kedai makan tersebut.

Sementara itu, KKM hari ini memaklumkan terdapat sebanyak 9 kes positif termasuk 4 kes import dan 5 kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 9,249. Manakala bilangan kes yang telah sembuh hari ini ialah sebanyak 13 kes, menjadikan jumlah kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 8,945.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...