Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sebanyak 799 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara hari ini.
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah sebanyak 30,889 kes setakat jam 12 tengahari tadi.
Menurutnya lagi, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,392 kes dan diasingkan serta diberi rawatan di hospital.
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
30 Okt 2020
Kes sembuh=491
Jumlah kes sembuh=20,248 kes
Kes baharu positif=799
(kes import=0, kes tempatan=799)
Jumlah positif=30,889 kes
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=249 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=20 kes pic.twitter.com/cROvMDDPEq— KKMalaysia?? (@KKMPutrajaya) October 30, 2020
Untuk rekod, pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 491 orang pada hari ini sdan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 20,248 orang.
Ujarnya lagi, 90 kes positif Covid-19 dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 20 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.
Terbaharu, 3 lagi kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 249 orang.