(COVID-19): 489 Kes Baharu, Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

COVID-19

(COVID-19): 489 Kes Baharu, Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Sebanyak 489 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk dua kes import menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu dalam negara sebanyak 13,993 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 3,351 kes.

Advertisement

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah dan Kedah masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi dengan masing-masing 282 dan 153 kes.

Dedahnya lagi, penularan tempatan hari ini membabitkan 457 jangkitan dalam kalangan warganegara dan 20 lagi kes bukan warganegara.

Malah tidak ketinggalan memaklumkan sebahagian besar kes hari ini adalah di Kedah dari Kluster Tembok dan di Sabah dari zon-zon merah.

Dalam pada itu, pihaknya juga menyatakan, terdapat 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,501 kes.

“Sehingga kini, 40 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 13 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”

Bagaimanapun, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 141 kes.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...