(COVID-19): 432 Kes Baharu, Jumlah Kes Harian Paling Tinggi Setakat Ini Di Malaysia

COVID-19

(COVID-19): 432 Kes Baharu, Jumlah Kes Harian Paling Tinggi Setakat Ini Di Malaysia

Sebanyak 432 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi hantaran tweet terbaharu di laman Twitter, daripada jumlah itu, 429 kes adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Sehingga kini 32 pesakit dirawat di ICU dan 8 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan, manakala 57 pesakit pula pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Ia secara keseluruhan menjadikan jumlah kes di negara ini adalah 12,813 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...