Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat 39 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi.
Jumlah discaj baharu pula dilaporkan seramai 6 orang menjadikan jumlah kumulatif discaj kepada 8,607 kes secara keseluruhan.
Terkini #covid19malaysia, 28 Julai
Kes sembuh= 6
Jumlah kes sembuh= 8,607
Kes positif= 39
(kes import=11, kes tempatan=28)
Jumlah positif= 8,943
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian= 124
Kes dirawat di ICU= 1
Bantuan Alat Pernafasan= 1 pic.twitter.com/1FitZEPuLD— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) July 28, 2020
Dengan 39 kes baharu yang dilaporkan, kini jumlah kes keseluruhan meningkat menjadi 8,943. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 212 kes. KKM menyatakan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Daripada 39 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan, terdapat 11 kes import dan 28 kes penularan tempatan.
Bagi kes di ICU dan yang memerlukan bantuan alat pernafasan satu kes dilaporkan bagi setiap satu.
Tiada kes kematian baharu direkodkan berkaitan COVID-19 pada hari ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.