COVID-19: 287 Kes Baru Hari Ini, Jumlah Tertinggi Sejak Wabak Melanda Malaysia

COVID-19

COVID-19: 287 Kes Baru Hari Ini, Jumlah Tertinggi Sejak Wabak Melanda Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 287 kes baru COVID-19 di negara ini.

covid19 malaysia

Advertisement

Menurut KKM, jumlah tersebut merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan sejak negara dilanda wabak tersebut.

Kedah mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 129 jangkitan, diikuti Sabah dengan 113. Selangor (31 kes), tiga di Terengganu, tiga di Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes, manakala Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes.

Ini  menjadikan bilangan kes positif terkumpul di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes.

covid19

Semalam, terdapat 260 kes baru dilaporkan menjadikan ia kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...