COVID-19: 260 Kes Baharu, Jumlah Kedua Tertinggi Sejak Februari

COVID-19

COVID-19: 260 Kes Baharu, Jumlah Kedua Tertinggi Sejak Februari

Terdapat pertambahan sebanyak 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada hari ini (Khamis) merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.

260 kes baru covid19

Advertisement

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes.

Malah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini juga telah meningkat kepada 1,334 kes.

Daripada 260 kes yang direkodkan hari ini, hanya satu kes import yang direkodkan melibatkan bukan warganegara Malaysia dari United Kingdom. Sementara itu, daripada 259 kes penularan tempatan, 130 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 129 bukan warganegara,” katanya.

260 kes baharu covid19

Pada masa sama, 20 kes positif lagi difahamkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini. Tidak ketinggallan, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini, justeru jumlah kematian kekal sebanyak 136 kes.

Sumber: Astro Awani, Harian Metro,

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...