Terdapat pertambahan sebanyak 260 kes baharu positif COVID-19 direkodkan pada hari ini (Khamis) merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 11,484 kes.
Malah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini juga telah meningkat kepada 1,334 kes.
“Daripada 260 kes yang direkodkan hari ini, hanya satu kes import yang direkodkan melibatkan bukan warganegara Malaysia dari United Kingdom. Sementara itu, daripada 259 kes penularan tempatan, 130 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 129 bukan warganegara,” katanya.
Pada masa sama, 20 kes positif lagi difahamkan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) ketika ini. Tidak ketinggallan, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.
Bagaimanapun, tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini, justeru jumlah kematian kekal sebanyak 136 kes.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro,