COVID-19: 2 Warga Emas Pergi ‘Hiking’ Semasa PKP Ditahan Polis

Trending

COVID-19: 2 Warga Emas Pergi ‘Hiking’ Semasa PKP Ditahan Polis

Terdapat banyak perkara yang sudah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dihentikan secepat mungkin. Meskipun tindakan keras sudah pun diambil dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia, tetapi masih ramai rakyat memandang remeh dengan perkara ini.

Baca: PKP Fasa Ke-2: Premis Perniagaan Dibuka 8 Pagi Hingga 8 Malam Sahaja

Advertisement

Dikhabarkan, terdapat dua lagi lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah mengingkari PKP. Dua lelaki warga emas itu, dipercayai sedang ‘hiking‘ atau mendaki di Gunung Lambak petang semalam.

Lelaki yang berusia 64 dan 66 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang oleh sepasukan polis selepas menerima maklumat rondaan bahawa terdapat dua lelaki warga tempatan sedang mendaki di gunung itu.

Mereka di tangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang munasabah.

Gambar Hiasan

Hasil siasatan awal kedua-dua mereka tidak dapat memberikan alasan yang munasabah kepada pihak polis. Justeru itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kluang untuk diambil tindakan selanjutnya.

Gunung Lambak ditutup sepenuhnya sejak arahan PKP dikeluarkan pada 18 Mac lalu.

Kes akan disiasat mengikut Peraturan (7) iaitu Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jika tiada perkara yang penting untuk dilakukan di luar, duduk sahaja di rumah. Bantu negara!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...