COVID-19: 150 Orang Kerabat Diraja Arab Saudi Positif, Kes Dijangka Meningkat Kepada 200,000 Dalam Seminggu

COVID-19

COVID-19: 150 Orang Kerabat Diraja Arab Saudi Positif, Kes Dijangka Meningkat Kepada 200,000 Dalam Seminggu

Ancaman wabak COVID-19 ini menyerang manusia tanpa mengira umur, bangsa, agama bahkan juga pangkat. Seramai 150 kerabat diraja Arab Saudi disahkan positif jangkitan COVID-19. Berita ini telah diumumkan sendiri oleh raja Arab Saudi, Raja Salman.

Raja Salman dan putera mahkotanya telah dikuarantinkan untuk mencegah penularan wabak ini kepada seluruh ahli keluarga. Doktor elit dari King Faisal Specialist Hospital, Riyadh ditugaskan untuk memberi rawatan kepada kerabat diraja Arab Saudi yang dijangkiti virus ini.

Advertisement
Raja Salman

Raja Salman Ibn Abdulaziz Al Saud

Tempat kuarantin Raja Salman berada di istana berdekatan Jeddah manakala Putera Mahkota Mohammed bin Salman pula dikuarantinkan di sekitar kawasan pantai Laut Merah.

Selain itu, hospital ini juga telah menambah 500 jumlah katil pesakit untuk menghadapi kemungkinan jumlah pesakit yang meningkat. Pihak hospital telah mengeluarkan tanda kecemasan tinggi kepada semua doktor senior sebagai pemberitahuan tahap jangkitan COVID-19 yang berlaku di Arab Saudi.

Arahan yang diterima oleh petugas perubatan hospital untuk mengeluarkan pesakit kronik dengan secepat mungkin dan hanya menerima kes kecemasan yang penting untuk dirawat di hospital ini.

King Faisal Specialist Hopsital

King Faisal Specialist Hopsital

Walau bagaimanapun, hospital ini memberi keutamaan untuk merawat keluarga diraja yang dijangkiti. Golongan bukan elit akan dirujuk di hospital yang berlainan sekiranya perlu menerima rawatan.

Secara kasarnya terdapat 15,000 ahli kerabat diraja Arab Saudi dan mereka ini telah mengembara ke Eropah dan negara sekitarnya. Berkemungkinan mereka ini telah dijangkiti ketika dalam perjalanan sebelum pulang ke Arab Saudi.

Putera Arab Saudi Faisal bin Bandar bin Abdulaziz Al Saud, gabenor bandar Riyadh telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Arab Saudi telah merekodkan 4,934 kes positif COVID-19 dan 65 kes kematian setakat ini. Angka ini bakal meningkat kepada 200,000 kes dalam tempoh seminggu berdasarkan analisis Menteri Kesihatan Arab Saudi. Penutupan semua bandar seperti Mekah dan Madinah dilakukan untuk mengekang COVID-19 daripada terus merebak di negara ini.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...