COVID-19: 12 Petugas Kesihatan KKM Telah Dijangkiti, Seorang Lagi Di Unit Rawatan Rapi

COVID-19

COVID-19: 12 Petugas Kesihatan KKM Telah Dijangkiti, Seorang Lagi Di Unit Rawatan Rapi

Penularan wabak COVID-19 sangat mudah dijangkiti. Bagi mengelak penularan wabak ini dari terus berlaku, kerajaan telah memutuskan untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara pada 18 hingga 31 Mac ini.

Baca: Perdana Menteri Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac Sehingga 31 Mac Ini

Advertisement

Namun dalam kita sedang sibuk melakukan aktiviti-aktiviti di rumah, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertaruh nyawa menyelamatkan negara kita dari virus tersebut. Hari ini seramai 12 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 3 orang daripada sektor kesihatan swasta telah disahkan positif coronavirus.

Menurut perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, seorang daripada 12 petugas yang dijangkiti masih sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.”

Di dalam perkongsian tersebut, beliau menerangkan bahawa virus ini langsung tidak mengenal sempadan dan mengira status bangsa, agama atau harta. Setakat ini Itali telah mencatat sebanyak 2,629 kes dari kalangan petugas kesihatan dan 13 orang disahkan meninggal dunia.

Baca: COVID-19: 5 Doktor Itali Meninggal Dunia Dan 2,600 Lagi Staf Kesihatan Disahkan Positif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.