(COVID-19): 1,032 Kes Baharu Dengan 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini

COVID-19

(COVID-19): 1,032 Kes Baharu Dengan 8 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes baharu COVID-19 di Malaysia kini mencatatkan 1,032 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 35,425 kes direkodkan.

Katanya, berdasarkan kes harian tersebut, hanya tiga kes import dilaporkan iaitu dari India, Singapura dan Filipina.

Advertisement

Dedahnya lagi, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 646 kes daripada 1,029 kes jangkitan tempatan.

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 10,339 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,”

Bagaimanapun, sebanyak 820 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 24,815 kes.

Untuk rekod, sebanyak 82 kes positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Namun begitu, terdapat pertambahan lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 271 kes secara keseluruhan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...