Sekali lagi nama penyanyi kecil molek, Iman Troye menjadi perbualan serta kecaman netizen di media sosial setelah beliau memuat naik dirinya menyanyi lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar.
Tidak cukup dengan kisah-kisah tularnya yang sebelum ini, sekali lagi namanya disebut netizen kerana mereka beranggapan nyanyian Iman membingkitkan telinga mereka.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat penyanyi lagu Nang itu masih belum bersedia untuk menyanyikan lagu berentak balada.
View this post on Instagram
Iman boleh terus nyanyi lagu Shopee tu jelah.. teruk betul cover lagu Sampai bila tu.
Selain daripada itu, netizen turut menasihati Iman agar mengikut jejak langkah penyanyi serta pelakon Nabila Razali yang kini tahap vokalnya sudah semakin baik dari sebelum ini.
Semoga Iman tidak putus asa dengan kecaman-kecaman yang diterima dan harapnya di masa akan datang, mutu vokal Iman akan bertambah baik ke tahap yang lebih bagus dari sekarang ini.