Gemar menyanyikan lagu “cover version” popular dan berkongsi bersama peminatnya di laman sosial, penyanyi Aina Abdul menjadi tumpuan netizen.
Mempunyai kelantangan vokal yang baik dan pengikut yang ramai, Aina baru-baru ini seakan menyerlah apabila memuat naik satu rakaman video di laman instagramnya ketika menyanyikan lagu “Peluang Kedua” yang dipopularkan oleh Nabila Razali.
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi dilemparkan kepadanya malah turut mengagumi kebolehan Aina menyanyikan lagu berkenaan.
Namun, apa yang menjadi tumpuan, rata-rata pengikutnya membanding-bandingkan cara nyanyiannya dengan penyanyi asal.
Malah ada juga turut menyatakan bahawa cara nyanyian Aina lebih baik dan sedap didengar berbanding Nabila.
Apa yang pasti, masing-masing mempunyaihak untuk memberikan pendapat namun tetap yakin kedua-dua mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Untuk rekod, Aina sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi apabila persembahan nyanyiannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 dituduh keterlaluan, malah gimik “darah” yang menitis daripada gaun yang dipakainya itu turut mendapat reaksi kurang senang segelintir individu ketika itu.
Bagaimanapun, video persembahan Aina menerusi lagu “Sumpah” itu telah disekat di akaun YouTube TV3 kerana menyentuh isu sensitif.
Damien Deck
June 22, 2020 at 2:03 pm
I dont like this kind of posting! It kinda ruin the music industry. Will create more hate towards the singer. Every singer has their own style of singing. Dont compare with the original singer. To Nabila Razali supporter please dont bash Aina Abdul. Like I said, every singer has their own strength!
n.v
May 22, 2020 at 11:35 am
Nabila Razali the number one