Costa Coffee Salted Caramel Kegemaran Ramai Kini Kembali

Hiburan

Costa Coffee Salted Caramel Kegemaran  Ramai Kini Kembali

Kopi merupakan minuman kegemaran kami, satu hari tidak dapat minum rasa macam tidak lengkap pula hidup ini. Bukan sahaja boleh menambah tenaga tetapi aroma kopi itu sendiri mampu membuatkan minda ini rasa tenang.

851x315

Advertisement

Setelah beberapa lama hanya meminum kopi daripada satu jenama sahaja, kami mula ingin eksperimen dengan rasa daripada jenama kopi yang lain pula. Tentunya, kualiti dan rasa kopi yang sedap menjadi keutamaan kami.
Sudah mencuba beberapa pilihan kopi di pasaran, kami begitu tertarik dengan satu jenama kopi terkemuka UK iaitu Costa Coffee. Aroma kopinya cukup memikat ditambah pula dengan rasa yang ‘smooth’ dan dihasilkan daripada biji kopi istimewa.

851x315-a1

Atas permintaan ramai dan bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Costa Coffee memperkenalkan semula pilihan kopi berperisa Salted Caramel lazat kegemaran ramai.
Ia turut menjadi pilihan model dan pelakon terkenal Amber Chia. Kena rasa dahulu baru tahu apa bezanya Salted Caramel Costa Coffee ini, pasti anda tidak menyesal.

AMBER-PORTRAIT-001

Anda boleh menikmati tiga minuman yang berbeza iaitu Salted Caramel Hot Mocha, Salted Caramel Hot Chocolate dan bagi yang gemar minuman sejuk, anda boleh dapatkan Salted Caramel Iced Mocha.
Costa Coffee juga sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup dan jadual seharian yang sibuk seperti pelakon popular Sharifah Sakinah. Mesin kopi layan diri inovatif daripada Costa Coffee menggabungkan kopi berkualiti tinggi dan susu segar dengan teknologi yang canggih. Pantas dan mudah!

Kelazatan kopi jenama UK ini bukan sahaja boleh diperolehi di kebanyakan stesen minyak Shell di seluruh Semenanjung Malaysia, tetapi juga di stesen LRT terpilih di Lembah Klang (klik di sini untuk senarai penuh lokasi) .

4

Berita lebih gembira, kini kopi premium ini boleh didapati di WHSmith, Jeti Pulau Langkawi. Lepas ini, bolehlah menikmati keindahan pulau serta pantai yang cantik sambil menghirup kopi yang menjanjikan kelainan serta kelazatan yang tiada bandingan. Memang feeling habis!

visual-2

Turut ada pelbagai jenis pilihan kopi popular seperti Hot Latte, Cappucino dan juga Iced Strawberry.

Aiman-Shell-UGC

Apa tunggu lagi? Jom rasai keenakan kopi Costa Coffee, percayalah anda tidak akan menyesal dan pasti akan jatuh hati dengan jenama kopi nombor 1 di UK ini. Untuk maklumat lanjut layari Facebook  dan Instagram Costa Coffee Malaysia 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...