Coronavirus Konspirasi Senjata Biologi, Sudah Diramal Sejak 200 Tahun Lalu?

Trending

Coronavirus Konspirasi Senjata Biologi, Sudah Diramal Sejak 200 Tahun Lalu?

Agak menakutkan dan terasa seram sejuk apabila berbicara tentang wabak Coronavirus yang semakin meruncing. Satu perkara yang membimbangkan masyarakat dunia ketika ini.

Virus ini sememangnya agresif, menyerang sistem pernafasan haiwan mamalia termasuklah manusia. Tiada vaksin mahupun ubat untuk merawat mereka yang dijangkiti Coronavirus yang membawa maut ini.

Advertisement

Lebih membimbangkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga kes jangkitan coronavirus 2019-nCoV di negara ini, membabitkan pelancong warga China yang juga ahli keluarga kes positif yang dikesan di Singapura. Ketiga-tiganya yang kini dalam kuarantin di Hospital Sungai Buloh terdiri daripada isteri dan dua cucu kepada lelaki berusia 66 tahun, yang menjadi kes pertama di negara jiran itu.

coronavirus coronavirus

Pelbagai teori yang timbul mengenai tercetusnya wabak tersebut yang bermula di Wuhan, China. Ada yang kata mungkin berasal daripada kelawar atau ular, hasil analisis terhadap genetik virus itu yang sudah meragut ratusan nyawa.

Biasalah, bila terjadinya sesuatu fenomena pastinya ada teori konpirasi dan dakwaan mengenainya.

Coronavirus senjata biologi?

coronavirus

Menurut bekas pegawai perisikan tentera Israel iaitu Dany Shoham, virus yang mematikan dan menyebar secara global ini mungkin diakibatkan oleh bocornya senjata biologi rahsia China. Tidak mustahil kebocoran itu berasal dari salah satu makmal di Wuhan.

Namun, apa yang dikatakan oleh Dany itu hanya sekadar andaian dan tidak menunding jari kepada mana-mana pihak.

Nostradamus sudah ramalkan Coronavirus sejak 200 tahun lalu?

Lebih menyeramkan, seorang individu sudah meramalkan penyebaran virus ini akan berlaku sejak beberapa ratus tahun lalu.

nostradamus coronavirus

Individu tersebut adalah Nostradamus, seorang doktor, ahli nujum dan peramal terkenal yang berasal dari Perancis.

Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi berdasarkan pemerhati dan pengkaji teori konspirasi, Nostradamus telah meramalkan dengan tepat beberapa insiden yang menggemparkan dunia. Antaranya ialah kemunculan Napoleon, Hitler dan serangan 9/11 di Amerika Syarikat.

Dia meninggal pada tahun 1566 dan buku-buku hasil tulisannya sudah diteliti selama ratusan tahun. Salah satu bahagian dari tulisannya adalah :-

The great plague of the maritime city will not cease until there be avenged the death of the just blood, condemned for a price without crime, of the great lady outraged by pretense.

Terjemahan :-

Wabak yang hebat dari kota maritim tidak akan berhenti hingga kematian darah yang benar terbalaskan, terhukum tanpa kejahatan, oleh seorang wanita hebat yang marah kerana kemunafikan.

Ramai yang bependapat, ramalan Nostradamus merujuk kepada wabak SARS yang melanda China pada tahun 2003.

coronavirus

Jika dilihat, dari sudut genetik, ia sama sekali dengan Coronavirus yang sedang mengancam dunia ketika ini. Sangat serupa dan tidak seperti kebetulan.

Kota maritim pula dikaitan dengan Hong Kong yang umum mengetahui penularan wabak SARS bermula dari kota tersebut.

corona virus

Manakala ‘the great lady’ pula dipercayai merujuk kepada bekas Menteri Kesihatan China iaitu Wu Yi yang dahulunya memainkan peranan penting untuk mengawal penyebaran virus SARS.

Namun, sejauh mana kebenaran disebalik tafsiran mengenai ramalan Nostradamus ini tidaklah diketahui. Ini kerana, setiap orang mempunyai pandangan dan cara melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang berbeza.

Ambil langkah berjaga-jaga dan jangan ambil mudah perkara ini. Buat masa ini, elakkan berada di kawasan orang ramai berkumpul. Nak melancong? Mungkin kena fikir dahulu. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Semoga kita semua dilindungi.

Sumber Berita : The Washington Times & Daily Star UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...