Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Corienne Adrienne – Islam Itu Indah

corienne adrienne

Dulu kami pernah keluarkan cerita tentang Corienne Adrienne yang telah masuk Islam. Rupa-rupanya sudah 2 tahun Corienne memeluk Islam. Dah ada seorang anak dah pun. Suaminya adalah orang Kelantan.

Advertisement

Oh ye untuk menjelaskan keadaan, bukannya kami sengaja untuk letakkan  gambar Corienne Adrienne yang agak seksi di entri sebelum ini. Tapi sebenarnya itu sahaja gambar yang kami rasa sesuai. Yang lain rasanya lebih seksi dan lebih posing maut.

Sedikit kata-kata dari Corienne tentang kehidupannya setelah memeluk Islam.

[note]Setelah mengenali Islam, saya rasakan agama ini sangat indah. Apa yang kita lakukan, hanya Allah yang layak mengadili kerana Dia yang lebih mengetahui. Saya tidak merasa menyesal dengan pilihan ini kerana saya menerimanya tanpa rasa terpaksa dan sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup ini. Jika mahu menjadi seorang yang lebih baik, saya perlu melakukan kebaikan seperti solat dan menolong orang. Biarlah, jika ada orang cakap tentang keburukan saya, berdiam diri lebih baik. [/note]

Kepada Corienne, suami dan anak, kami doakan yang terbaik untuk anda. Semoga kehidupan anda akan lebih tenang dengan hadirnya sinar Islam.

P.S: Video wajib tonton jika anda seorang Muslim.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top