Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records kerana berjaya menjual beg melebihi RM2 juta dalam 3 minit.
Pencapaian itu diumumkan selepas jualan beg keluarannya mencatat ribuan unit dalam masa singkat menerusi siaran langsung di media sosial.
Namun di sebalik kejayaan tersebut, Aliff turut menerima kecaman daripada netizen apabila reka bentuk beg yang dijual didakwa meniru jenama terkenal lain. Ramai menyifatkan rekod itu tidak wajar diraikan kerana menggunakan hasil rekaan yang tidak asli.
“Meniru tapi bangga cipta rekod?” tulis seorang pengguna. Ada juga yang mempersoal bagaimana sesuatu yang ‘copy design’ boleh dikira sebagai kejayaan.
Walau dihujani kritikan, Aliff kekal aktif mempromosikan produknya dan rata-ratanya menyukai produk usahawan itu kerana harganya mesra pengguna berbanding jenama lain.