Baru-baru ni tular video seorang wanita cop parking kereta dengan berdiri di dalamnya. Mesti anda rasa tertekan nak cari parking dalam pusat membeli belah, letih pusing banyak kali dan akhirnya jumpa parking kosong, tetapi tiba-tiba ada orang berdiri dalam kotak parking tersebut. Geramnya!

sumber: Cari info
Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tapi di negara lain pon ada juga. Satu insiden berlaku di New York, seorang lelaki cuba untuk parking di petak kosong tiba-tiba ada seorang wanita berlari untuk cop parking tersebut. Selepas ‘bertekak’ dengan perempuan tersebut, akhirnya lelaki itu mengalah sebab ada banyak kereta lain tunggu di belakang. Nasib baik ada seorang perempuan yang baik hati bagi parking dia kepada lelaki tadi.

Sumber: Lad bible
Tahu tak sebenarnya ada undang-undang khas untuk situasi macam ni?
Cop parking ni bukan sahaja menyusahkan orang lain, tapi membahayakan diri sendiri. Contohnya, pemandu tidak nampak anda berdiri dalam kotak parking dan terus masuk, bahaya kan?
Berdiri untuk tempah petak parking memang dinyatakan sebagai satu jenayah di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bahagian “gangguan dan desakan menyalahi undang-undang” ni menyatakan:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak keretabagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Seperti apa yang dinyatakan, undang-undang ini juga boleh dipakai untuk orang yang offer untuk jaga atau cuci kenderaan anda. Dan oleh kerana undang-undang ni tidak menyatakan sebarang tempat tertentu, ia boleh diguna pakai di tempat awam mahupun premis peribadi (contohnya shopping mall). Di bawah Seksyen 119, biasanya penalti untuk kesalahan ni adalah denda sehingga RM2 ribu atau penjara sehingga 6 bulan. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga RM 4 ribu dan/atau penjara 12 bulan.
Apa yang anda boleh lakukan?
Biasanya kalau perkara macam ni berlaku, anda mesti terfikir nak lakukan 2 benda ni kan:
- Drive perlahan-lahan ke petak parking untuk takutkan orang yang cop parking
- Viralkan gambar atau video kat media sosial
Tapi kedua-dua benda ni tak digalakkan sebenarnya, kerana
Drive perlahan-lahan ke petak parking untuk takutkan orang yang cop parking tu
Perbuatan menghalang orang lain daripada parking mungkin satu jenayah, tapi melanggar orang dengan kereta uga satu jenayah. Perbuatan menakut-nakutkan orang lain boleh disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan online) Seksyen 503 – kesalahan menakutkan secara jenayah:
“Barang siapa mengugut hendak mendatangkan kepada seseorang apa-apa bencana kepada tubuh, nama baik atau harta… dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada orang itu… adalah melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.”
Viralkan gambar atau video kat media sosial

Sumber: Thrive
Zaman sekarang ni, semua benda boleh jadi viral. Kecuali anda tahu apa yang anda lakukan, anda mungkin boleh melanggar undang-undang lain. Sebagai contoh, memalukan orang lain di media sosial boleh dikira sebagai jenayah. Jadi daripada upload gambar tu kat Facebook, baiklah korang upload kepada pihak berkuasa yang berhampiran, kerana:
Anda boleh buat laporan dan mereka boleh disaman

Sumber: Pandu laju
Oleh kerana anda sudah tau yang cop parking ini dikira sebagai jenayah, anda boleh buat laporan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Antara cara untuk buat laporan ke JPJ (dengan gambar/video) adalah:
- Hantar Whatsapp ke 011-511 5252
- Hantar emel ke [email protected]
- Telefon 03-8886 6412
Pastikan gambar/video tersebut ada tunjuk nombor plet pesalah, termasuklah kesalahan dorang. Korang juga perlu sertakan:
- Maklumat peribadi korang (termasuk IC)
- Lokasi
- Tarikh dan masa
- Nombor plet
Keterangan tentang perkara yang berlaku
Kalau orang lain kena, anda pun boleh backup juga
Lepas ni, kalau situasi ni berlaku kat anda, mungkin anda boleh slow talk dengan siapa-siapa yang cop parking tu tentang undang-undang ni. Sambil dapat parking, sambil mendidik. Tak pun kalau ia terjadi kat orang lain, anda boleh back up tanpa mengira bangsa, agama, atau parti politik. Barulah muhibbah.
Jadi jangan lupa bookmark artikel ni untuk dipamerkan sekiranya situasi ni berlaku. Tak pun print terus Akta Pengangkutan Jalan Seksyen 50(3) dan bawa bersama korang ke mana saja.
Sumber: Asklegal.my