Baru-baru ini, anak kepada pelakon dan penyampai radio terkenal iaitu Sharifah Shahirah telah mendapat perhatian orang ramai selepas video memaparkan penampilan mereka tular di rata-rata media sosial.
Menerusi video tersebut, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menegur tentang pemakaian dan sikap anak-anaknya ketika berada di sebuah kafe.
Malah, pelakon berusia 48 tahun itu turut meminta anaknya untuk duduk dengan lebih sopan memandangkan dia merupakan seorang wanita.
Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Aira, duduk macam lelaki. Yang lelaki duduk macam perempuan.
@kucengnanges mak² biasa lah. Bebel sorang bebel semua?? #perangaimakmak #sharifahshahira #shieraijoy
? original sound – konten random ye anak²? – konten random ye anak²?
Namun, berbeza pula dengan reaksi diberikan oleh rata-rata pengguna media sosial yang memuji penampilan dan citarasa fesyen yang dimiliki oleh anak-anak Shiera atau nama penuhnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang terpersona dengan wajah anak perempuannya, Airra Zulkifli yang dikatakan mirip dengan penyanyi antarabangsa, Conan Gray.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 5.2M tontonan, 473.1K tanda suka, 4.1K komen, dan 5.1K kongsi di laman TikTok.
Manakala, di laman Twitter telah meraih 6.1K ciap semula, 17.6K tanda suka, dan 879 ciap balas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.