Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Contohi Indonesia, Nourul Depp Saran Pemberian Vaksin Melalui Klinik Desa

Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran di laman Twitternya tampil memberi pendapat dan cadangan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dilaksanakan kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan kala ini.

Melihatkan proses pemberian vaksin yang agak kucar-kacir sehingga menimbulkan perasaan amarah kepada rakyat Malaysia sebelum ini, Nourul berkata bahawa pihak bertanggungjawab boleh mencontohi negara seberang, Indonesia dalam menguruskan hal tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Dia juga menyarankan agar PPV tidak terus merumitkan pemberian vaksin kepada rakyat menerusi pendaftaran melalui aplikasi kerana masih ada yang tidak tahu menggunakannya terutamanya golongan warga emas.

Twitter Nourul Wahab DeppSumber : Twitter Nourul Wahab Depp  

Nourul menerusi twitnya itu telah memberi cadangan kepada PPV untuk menjalankan program vaksinasi di cawangan Klinik Desa yang berada di setiap negeri dan daerah agar proses pemberian vaksin itu lebih pantas dan mencapai sasaran.

Penyanyi lagu Kerana Terluka ini turut meluahkan rasa kagum dengan pengedaran vaksin di Indonesia yang dilihat lebih efisien berbanding Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp)

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk menjalankan program vaksinasi secara berperingkat dengan membuka permohonan kepada rakyat Malaysia melalui laman web PPV dan juga menerusi aplikasi MySejahtera.

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    May 29, 2021 at 12:15 pm

    kita dah sedia semua.
    suruh datang tidak datang, bilangan penduduk sangat kurang dari Indonesia,
    tapi pemikiran sangat kebelakang
    retis2 tau bising saja tapi tidak membantu pun malah ramai lagi terjangkit.
    lepas tu salahkan orang lain kena jangkit.
    kualitinya terjaminkah wahai nurul. sudah kaji rangkaian sejuknya atau vaksin sdh mati diberi? inilah retis nak sembang laju2 tidak fikir akibat nak ikut indon mereka kaya kemudahan lengkap, beli apa pun kalau x ada beribu2 berjuta2 jgn mimpi dapat kan nurul dalam.

  2. Nor Vaksina

    May 29, 2021 at 12:04 pm

    Bukan apa ni pisang goreng panas. Dibuatnya kang yg datang beratur 1 juta orang sekali gus…ada yg mati tershepit kang.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top