Pempengaruh media sosial, Ameera Khan dikecam hebat selepas didakwa masih mempromosikan barangan yang dikaitkan dengan Israel ketika isu Palestin dan misi Global Sumud Flotilla (GSF) sedang hangat diperbincangkan.
Tindakan itu mengundang kemarahan orang ramai sehingga sebahagian besar netizen bertindak melancarkan gerakan boikot dan menyahikut akaun media sosial Ameera atau nama sebenarnya, Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25.
“Dah nyah ikut jenis manusia tiada hati perut ini. Orang tengah panas isu Global Sumud Flotilla (GSF), dia seronok promosikan barang ‘Israhell’,” tulis seorang netizen.
Sejak semalam, nama pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim turut menjadi bualan selepas kenyataannya mengenai wanita yang menyertai misi flotila kemanusiaan itu.
Dalam hantarannya, Rizalman dipercayai mempersoalkan isu mahram serta menyentuh kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.
Namun, pandangan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan ramai pihak, malah ada yang kecewa hingga membuat keputusan untuk berhenti mengikuti Rizalman di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.