Personaliti media sosial dan juga usahawan sambal, Khairulaming kini ‘mendunia’ apabila dia mengumumkan mengenai pembukaan kilang sambal nyet miliknya yang kedua pada Selasa.
Kata Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman itu lagi, perniagaan sambal yang diusahakan sejak awal 2021 itu telah mencapai jualan mencecah RM14 juta bersamaan dengan 1 juta botol.
Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi ?? (Thread): pic.twitter.com/C0z0Y8wUT5
— Khairulaming (@khairulaming) August 2, 2022
Berita gembira itu turut diuar-uarkan Khairulaming di kesemua platform media sosialnya untuk pengetahuan peminat yang juga pelanggan sambalnya itu.
Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.
Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya.
Difahamkan, premis membuat sambal itu berlokasi di Kota Bharu, Kelantan dan berkeluasan hampir 22,000 kaki persegi.
Ia juga akan menjadi tempat persediaan bagi produk keduanya kelak.
Khairulaming dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengikut media sosialnya yang sentiasa menyokong dari awal kemunculan produk sambal sehinggalah ke hari ini.
Netizen juga tampil mendoakan agar perniagaan yang diusahakannya itu terus berkembang maju dan mampu menembusi pasaran global.
Tahniah diucapkan buat Khairulaming. Semoga sukses selalu!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.