(VIDEO)“Contoh Bapak B*doh” – Lelaki Ini Dikecam Bawa Anak ‘Wheelie’ Motosikal Demi Konten Media Sosial

Kehidupan

(VIDEO)“Contoh Bapak B*doh” – Lelaki Ini Dikecam Bawa Anak ‘Wheelie’ Motosikal Demi Konten Media Sosial

Bagai memperjudikan nyawa dan menempah maut. Begitulah perumpamaan yang layak diberikan kepada seorang individu yang dilaporkan telah membawa motosikal miliknya secara merbahaya bersama seorang kanak-kanak perempuan.

Tular di media sosial Twitter apabila sebuah video memaparkan aksi ‘wheelie’ lelaki tersebut bersama seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

Advertisement

Malah, kedua-duanya juga tidak memakai topi keledar dan melakukan aksi tersebut di jalan raya.

Lelaki tersebut meletakkan anaknya itu di dalam raga motosikal pada bahagian depan dan si kecil itu juga kelihatan cemas dan ketakutan ketika melakukan aksi tersebut.

Difahamkan, individu tersebut tekad melakukan aksi merbahaya itu setelah ‘dihasut’ oleh rakannya namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi respon berang dengan tindakan tersebut yang dianggap membahayakan nyawa dan juga kanak-kanak yang dibawanya.

Komen TwitterSumber : Twitter 

“Betul la orang cakap anak tak boleh pilih bapak. Dapat bapak bodoh camni malang hidup..” tulis seorang pengguna media sosial.

“Anak dah teriak takut, tapi sebab nak tunjuk hebat, tak diendahnya. Yang kawan ni pun, bengap ubi. Angkut sekali kawan dengan bapa sekali.” sahut seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, netizen juga menggesa agar tindakan sewajarnya diambil terhadap lelaki terbabit.

Kek Kahwin keras
3 years ago

(VIDEO) "Potong Pun Tak Lut!" - Pengantin Kesal Beli Kek Mahal-Mahal Tapi Keras Macam Batu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...