Written by AbangNara | March 24th, 2009

contest di beautifulnara

Sila skroll ke bawah untuk baca artikel yang terbaru

Walaupun terlewat dari hari yang dijanjikan, pertandingan yang yang dijanjikan di BeautifulNara bakal bermula pada hari ini. Hadiah berupa wang tunai seperti di bawah:-

  1. Pemenang Pertama(RM100)
  2. Pemenang Kedua(RM70)
  3. Pemenang Ketiga(RM30)

Kesemua hadiah berjumlah RM200 untuk dimenangi. Namun jumlah hadiah mungkin akan ditambah(tapi takkan akan dikurangkan) sekiranya Nuffnang membayar kami ataupun sekiranya ada pihak bermurah hati nak menaja.

Cara untuk menyertai sangat-sangat mudah. Hadiah pertama hanya akan diberikan kepada pengkomen terbanyak di blog ini. Jadi pastikan anda meletakkan email anda semasa mengomen ya. Komen akan mulai dikira bermula hari ini.

Hadiah kedua dan ketiga boleh dimenangi dengan cara menulis tentang kami di blog anda. Tak kira lah anda nak kutuk ke, nak puji ke dan sebagainya. Namun sekiranya tiada blog yang sudi menulis tentang kami, pengkomen kedua dan ketiga terbanyak akan diambil kira sebagai pemenang. Mudah ajer bukan?

Tarikh tutup pertandingan ialah sehingga 15hb April 2009. Kami tahu jangka masa itu agak panjang, tapi nak buat macam mana sebab gaji kami masuk pada 15hb. Jadi kalau nak bagi hadiah pun kenalah tunggu gaji kan?

Pemenang akan diumumkan pada 20 April 2009. Jom join beramai-ramai. Jangan malu dan jangan segan. Rebutlah peluang keemasan ini. Kalau ada komen dan cadangan, sangat-sangatlah dialukan.

Comments are closed.