‘Contactless Delivery’ Dari FoodPanda Bantu Anda Memesan Makanan Sepanjang Tempoh Kuarantin Di Rumah

COVID-19

‘Contactless Delivery’ Dari FoodPanda Bantu Anda Memesan Makanan Sepanjang Tempoh Kuarantin Di Rumah

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan untuk dua minggu ini, syarikat penghantaran makanan FoodPanda memberitahu servis penghantaran makanan mereka akan beroperasi seperti biasa. Tetapi bagi mengurangkan risiko jangkitan, FoodPanda akan melaksanakan polisi Contactless Delivery bermula esok.

Menurut FoodPanda, langkah baru ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan berasa selamat dengan penghantaran yang dilakukan. Semasa proses pesanan juga, pelanggan atau ‘rider’ boleh memilih untuk khidmat Contacless Delivery di dalam mesej.

Advertisement

Melalui Contacless Delivery ini, pelanggan perlu melakukan pembayaran secara atas talian sahaja. ‘Rider’ akan meninggalkan pesanan makanan yang dikirim pada destinasi yang dipilih. Semasa proses ini, pelanggan dan ‘rider’ perlu mengekalkan jarak sejauh 1 meter diantara mereka.

foodpanda

Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjamin, FoodPanda ada menyediakan ‘hand sanitizer’ dan topeng muka secara percuma kepada ‘rider’ yang bertugas. Mereka juga akan diminta untuk mencuci tangan setiap dua jam sekali dan setiap kali selesai menghantar pesanan.

Perintah Kawalan Pergerakan akan dilakukan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini di mana orang ramai dinasihatkan berada di kediaman masing-masing. Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu orang ramai memesan makanan dengan cara yang lebih selamat.

Artikel berkaitan: Bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...