Pada zaman ini, memakai kanta lekap ataupun contact lens sememangnya perkara normal dalam masyarakat. Lagi-lagi dikalangan wanita kerana ianya sudah menjadi salah satu perhiasan penting buat mereka seandainya enggan memakai cermin mata.
Bagaimanapun, banyak juga kes yang berlaku berkaitan dengan orang yang memakai contact lens. Sama seperti seorang gadis di TikTok ini apabila sedang membuat live dirinya memakai make-up.
Difahamkan, sebelum bermulanya sesi menghias dirinya dalam live berkenaan, dia sempat memakai kanta lekap. Namun, kerana berasa gatal, dia telah mengosok di bahagian matanya.
Setelah beberapa saat kemudian, dia menyedari ketiadaan lens di mata yang digosok itu dan lagi membuatkan keadaan lebih panik, lens itu berada di bahagian atas mata.
Bernasib baik dengan bantuan kawannya, lens yang tersekat itu dapat dikeluarkan.
Menjengah di ruangan komen, hampir kesemua netizen berasa risau apabila melihat keadaan gadis tersebut ketika itu dan dalam pada masa yang sama, ada juga menasihati gadis itu untuk tidak mengosok mata terlalu kuat seandainya sedang memakai kanta lekap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.