Conor McGregor Umum Mahu Bersara Dari MMA Untuk Kali Ketiga

Trending

Conor McGregor Umum Mahu Bersara Dari MMA Untuk Kali Ketiga

Peminat bintang UFC Conor McGregor sekali lagi dikejutkan dengan berita pengumuman persaraannya untuk kali ketiga dalam sejarah. Bekas juara dua divisyen itu membuat pengumuman tersebut di laman Twitternya pada Ahad walaupun baru sahaja enam bulan membuat kemunculan semula.

“Hai, saya memutuskan untuk bersara daripada bertarung. Terima kasih semua atas kenangan yang luar biasa ini. Satu perjalanan yang menakjubkan!”

Advertisement

Pengumuman persaraan ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini dia pernah mengumumkan persaraannya sebanyak dua kali iaitu pada April 2016 dan pada Mac 2019. Berdasarkan rekod, kali terakhir dia membuat kemunculan di Octagon ialah pada Januari lalu dalam aksi UFC 246 menentang Donald ‘Cowboy’ Cerrone.

Conor-McGregor

Untuk makluman, itu merupakan kali pertama dia membuat kemunculan semula selepas hampir 15 bulan menyepi dari sebarang pertarungan MMA. McGregor sebelum itu telah bertarung dengan juara lightweight UFC dari Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018.

Dalam acara UFC 229 itu, dia tewas menerusi ‘submission’ pada minit 3.03 pusingan keempat. Selepas perlawanan, timbul kekecohan yang menyebabkan McGregor dan Khabib didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...