“Confirm Makbul Cepat!”, Servis Doakan Hajat Di Makkah Dikritik Netizen

Trending

“Confirm Makbul Cepat!”, Servis Doakan Hajat Di Makkah Dikritik Netizen

Satu laman Facebook yang menawarkan perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah dikecam kerana dianggap menunggang agama.

valetAN

Advertisement

Laman itu, Valet Doa, mendapat perhatian netizen kerana mendakwa doa yang dibacakan menggunakan servis mereka ‘disahkan makbul cepat’ dan perkhidmatan itu dikatakan akan bermula pada Mac ini.

Ia mendakwa menyasarkan servis itu kepada usahawan dan kepada mereka yang ‘mempunyai hajat yang belum makbul tetapi tidak berkesempatan ke Makkah dalam masa terdekat’.
e41f65ee-25fa-403f-b7ac-d13239d550d6

Majoriti komen yang ditinggalkan oleh Netizen di laman tersebut berunsur negatif dan sindiran terhadap perniagaan itu.
1

2

3

Setakat ini juga, pihak yang mengiklankan servis itu tidak memberikan sebarang reaksi kepada kecaman yang diterima. Antara subjek yang menjadi kecaman orang ramai ialah harga yang dikenakan mencapai RM 5,000 untuk membacakan doa klien di Makkah.

Setakat ini juga masih belum ada sebarang ulasan dari para ulama mahupun pihak berkuasa mengenai perkhidmatan ini yang dipercayai boleh menerbitkan persepsi negatif terhadap agama dan umat Islam. Apa pendapat anda?-amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...