“Competition Jadi Rosak..” – Ikut Menari Atas Pentas, Netizen Dakwa Kak Lina ‘Kacau’ Jaclyn Victor

Hiburan

“Competition Jadi Rosak..” – Ikut Menari Atas Pentas, Netizen Dakwa Kak Lina ‘Kacau’ Jaclyn Victor

Malam tadi, konsert minggu ketiga program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan menyaksikan persembahan hebat daripada barisan peserta.

Tidak ketinggalan, persembahan dari penyanyi legend, Jaclyn Victor yang membawa lagu Perawan Atau Janda nyanyian asal Cita Citata.

Advertisement

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah apabila pengacara, Elly Mazlein turut sama menari di tengah pentas ketika peserta sedang bertanding.

Malah, Jaclyn yang sedang menyanyi turut dilihat tertawa melihat gelagat Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina PomPom.

Susulan itu, gara-gara ‘menyerbu’ persembahan peserta, rata-rata penonton meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pengacara itu yang dianggap mengganggu tumpuan peserta untuk memberikan persembahan terbaik.

Risau Jac lupa lirik, nasib Jac cepat cover gelak dia. – Netizen.

Bahaya macam ni.. tengah kompetiti jadi rosak bila ada kacau.. tapi sporting best,” tulis seorang pengguna TikTok.

Tampil memberi respon, Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari memaklumkan apa yang dilakukan Kak Lina merupakan suatu perkara yang tidak dirancang.

Ia spontan, Kak Lina pun bawa tenaga konsert malam tadi. Ada part dia menari keluar tu completely tiada kawalan.

Bagaimanapun, pihak Astro Ria mengambil kira nasihat dan pendapat penonton dan akan memastikan perkara sebegini tidak berulang agar tidak menggangu peserta-peserta GV9 dan agar semuanya lebih terkawal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Pengsan Nabil Nak Kawal Dia" - Semangat Jadi Pengacara GV9, Peminat Puji 'Energy' Kak Lina PomPom

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...