“Comel Je Hobi Kumpul Plushie” – Video Seorang Lelaki Berbadan Sasa Membawa Beg Penuh Plushie Viral

Branded

“Comel Je Hobi Kumpul Plushie” – Video Seorang Lelaki Berbadan Sasa Membawa Beg Penuh Plushie Viral

Selalu kalau kita nampak kandungan abang-abang sado di media sosial, kebanyakkan yang tular mesti berkaitan dengan gym atau tips kecergasan betul tak? 

Tapi, lain pula yang terjadi pada seorang abang sado ini, di mana dia viral di media sosial hanya disebabkan menggalas beg yang penuh dengan plushie comel. 


Menjenguk ke ruangan komen, kebanyakan warganet meluahkan rasa kagum dengan menyatakan ianya sangat comel, serta ada juga berpendapat perkara ini adalah satu trend hangat dalam kalangan Gen Z. 

Namun, bukan video viral lah kalau tak ada kecaman betul tak? Ada segelintir netizen yang meninggalkan komen berbau kecaman serta menidakkan tindakan lelaki tersebut, menyatakan lelaki tidak sewajarnya membawa imej sedemikian…

Tolak Tepi Rasa Malu, Yang Penting Anak Merasa Bahagia

Itu lah orang kata, jangan cepat sangat menilai. Ambil tahu dulu pucuk pangkal cerita. Ada kisah yang menyentuh hati disebalik kejadian ini tau.

Korang tahu tak, abang sado yang disangka kumpul dan gantung plushie pada beg tu, sebenarnya dia beli untuk anaknya. 

kfc kuromi plushie

Sebagai ibu bapa, kita mesti sanggup melakukan apa jua perkara demi membahagiakan anak-anak tercinta betul tak? Haa, itu lah apa yang dilakukan oleh abang sado tersebut. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @kfcmalaysia


Dalam pada itu, KFC Malaysia mengambil inisiatifdengan menghubungi Abang Sado tersebut dan menjemput dia bersama anaknya untuk menikmati KFC Bucket di KFC. 

Bukan itu saja, KFC juga menghadiahkan lebih banyak Kuromi Plushie Charms untuk anak perempuannya sebagai tanda penghargaan. 

Chop, chop, chop! Bila tengok balik Kuromi Plushie Charms KFC ni, memang nampak comel lah! 

Siapa dekat sini yang memang die hard fan Kuromi, korang memang wajib dapatkan KFC X Kuromi Plushie Charms ni sekarang di mana-mana cawangan KFC berdekatan sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...