“Comel Dan Halal, Penguin Boleh Dimakan Oleh Umat Islam” – DS Zulkifli Mohamed Al – Bakri

Berita

“Comel Dan Halal, Penguin Boleh Dimakan Oleh Umat Islam” – DS Zulkifli Mohamed Al – Bakri

Datuk Seri Zulkifli Mohamed Al-Bakri baru-baru ini ada berkongsikan mengenai hukum memakan haiwan penguin buat umat Islam.

Ujar bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, daging penguin halal dimakan oleh umat Islam kerana ia termasuk dalam kategori burung air.

Advertisement

 

Jelas beliau lagi, penguin juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang dan boleh melukakan seperti mana yang dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Rasulullah SAW melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.

Comel dan halal. Namun ada sebahagian spesisnya seperti emperor penguin sedang terancam. Bersama kita lindunginya.

Perkara tersebut turut dikongsikan DS Zulkefli menerusi ruangan Facebook dan Twitter miliknya untuk pengetahuan netizen.

 

Twitter Dr ZulSumber : Twitter Dr Zulkifli  

 

Dalam pada itu, Zulkifli turut berkongsi mengenai pendapat ulama mazhab Syafie yang mengatakan semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya.

Katanya lagi, Imam Al-Ghazali ada menyebut bahawa semua burung air itu adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram.

Dr zulkifli ulas trend unboxing
2 years ago

Suami Dikira Dayus Jika Ikut Trend 'Unboxing Pasangan' - Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...