“Come On Jai, Whats Wrong With You” – Ajai Mohon Maaf Kepada AC Mizal Dan 4U2C, Tak Ada Niat Nak Halang Buat Konsert

Hiburan

“Come On Jai, Whats Wrong With You” – Ajai Mohon Maaf Kepada AC Mizal Dan 4U2C, Tak Ada Niat Nak Halang Buat Konsert

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai, tampil memohon maaf secara terbuka serta memberikan penjelasan berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyentuh tentang penganjuran WE 4U2C Live in Concert.

Dalam satu hantaran di Instagram, Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, berkata dia memohon maaf sekiranya kenyataan tersebut telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak.

Advertisement

Saya ingin menjelaskan kenyataan saya sebelum ini berkenaan konsert 4U2C. Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf.

Permohonan maaf itu hadir selepas Datuk AC Mizal, salah seorang anggota asal 4U2C, membuat tuntutan dalam satu sidang media khas pada Rabu petang, menuntut Ajai memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam atau berdepan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Ajai yang juga pemain keyboard kumpulan Exists menjelaskan bahawa dirinya sentiasa menyokong perjuangan anak seni, dan bukan berniat untuk menghalang mana-mana artis daripada terus berkarya.

Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya. Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah.

Kontroversi bermula apabila penerbit Man Senoi dan isterinya Mama Rap mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai konsert tersebut, sedangkan mereka memegang hak cipta lagu-lagu 4U2C. Kenyataan Ajai yang dipercayai berkaitan dengan hak cipta itu turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak terlibat, termasuk AC Mizal.

Namun, Ajai berharap agar isu ini dapat ditamatkan dengan cara yang baik demi menjaga keharmonian dalam industri hiburan tanah air.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

AC Mizal Dedah Man Senoi Punca 4U2C Berpecah, Tegaskan Konsert 'We 4U2C' Tetap Diteruskan - "Kami Berada Di Pihak Yang Betul"
16 hours ago

AC Mizal Dedah Man Senoi Punca 4U2C Berpecah, Tegaskan Konsert 'We 4U2C' Tetap Diteruskan - "Kami Berada Di Pihak Yang Betul"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...