Come ESCAPE With Abang Nara!!!

Hiburan

Come ESCAPE With Abang Nara!!!

Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri satu majlis anjuran Axiata di Shang-ri La Hotel, Kuala Lumpur. Sampai-sampai je Abang Nara tengok orang ramai tengah posing di booth yang disediakan. Menarik sangat hiasan yang disediakan. Tambah cool sebab gunakan tagline “Ini Wilayah Raya Anda”

escape with me

Advertisement

Selain daripada jamuan raya, majlis ini diadakan untuk merasmikan produk terbaru daripada Axiata. Seluruh dewan majlis dipenuhi dengan banner yang tertulis ESCAPE. Memang membuatkan Abang Nara tertanya-tanya. Apakah ESCAPE ini?
escape with meDan apabila Datuk Seri Shazally Ramly naik ke atas pentas dan mula menerangkan kepada para hadirin mengenai ESCAPE, Abang Nara terkagum. Idea yang sangat simple tetapi brilliant. Memang pelanggan Celcom dan Xpax selepas ini akan mempunyai dunia hiburan peribadi yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja.
escape with meESCAPE dengan tagline “Come Escape With Me” dan “You’ll Never Be Alone” bakal menyediakan video hebat, filem, berita, acara terkini dan banyak lagi. Kesemuanya boleh diakses sama ada menerusi laptop, smartphone ataupun tablet anda. Paling menarik bagi Abang Nara ialah fungsi “Pause & Play”. Anda pause di laptop dan anda boleh resume balik di smartphone anda. Cool kan?
escape with meESCAPE telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Apa yang membuatkan produk ini bakal menjadi unik dan awesome ialah kolaborasi ESCAPE dengan nama-nama besar produksi tempatan. Syarikat-syarikat seperti Excellent Pictures, KRU Studios, Tall Order Production, SKOP Production dan banyak lagi kesemuanya bakal menyediakan isi kandungan untuk pelanggan ESCAPE.
escape with meMemang Abang Nara teruja sepanjang majlis pelancaran ESCAPE ini. Tambah teruja apabila duta produk ini diumumkan. Abang Nara tak boleh nak dedahkan identitinya di sini kerana ada peraduan sedang dijalankan. Khas buat pelanggan Celcom, sekiranya anda dapat meneka dengan tepat siapakah duta produk ESCAPE ini, pelbagai hadiah menarik akan anda menangi.
escape with meAbang Nara bagi sedikit klu buat anda semua. Orangnya ialah lelaki, sudah berlakon lebih daripada 200 buah filem, hebat dengan gaya seni mempertahankan dirinya, begitu popular di seluruh dunia termasuk Hollywood. Kalau tengok filem lakonan beliau, babak kelakar memang wajib ada. Agak-agaknya siapa ek?

escape with meAbang Nara yakin korang mesti boleh teka punya. Senang sangat kan? Hantarkan seberapa banyak jawapan yang anda mahu ke 20888. Peraduan ini hanya terbuka kepada pelanggan Celcom sahaja. Untuk lebih banyak klu, anda boleh layari www.escnow.com.

escape with meTak sabar nak menunggu pelancaran rasmi besar-besaran ESCAPE ke seluruh Malaysia pada 1 September ini. Untuk makluman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek adalah pengguna pertama ESCAPE. Itu yang beliau tersenyum girang tue. Harap-harap Abang Nara pun akan jadi antara pengguna terawal. Jangan lupa layari laman web ini untuk lebih maklumat tentang produk revolusi terbaru daripada Axiata ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...