Coco “Mixed” Scam Duit Netizen? “RM 1K-2K Tu Sikit Pun I Tak Heran”

Trending

Coco “Mixed” Scam Duit Netizen? “RM 1K-2K Tu Sikit Pun I Tak Heran”

Sebelum ini, seorang gadis Melayu yang menggunakan nama ‘Coco’ di Instagram menjadi viral kerana menerbitkan video dirinya bercakap dalam bahasa Melayu tetapi dalam telor “Mat Salleh” kerana dirinya mempunyai pelbagai darah kacukan antaranya Pakistan, Serani dan Cina.

untitled-1Apa yang menarik, penguasaan kosa kata dan tatabahasa Inggeris Coco menyedihkan walaupun memiliki telor Mat Salleh ketika beraksi di videonya. Video Coco itu mendapat reaksi ribuan Netizen yang rata-rata meyampah dengan telor mat salleh beliau. Ia juga menyebabkan berpuluh video parodi dihasilkan untuk mengejek Coco oleh para Netizen.

Advertisement

Satu dakwaan terbaru yang telah timbul mengenai Coco ialah, dia telah bersubahat dengan penjual ‘iPhone prabayar’ untuk menipu Netizen mengenai pembelian peranti tersebut.

Melalui Twitter @arJUJUmand, seseorang mendedahkan telah memesan secara prabayar seunit iPhone melalui Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, sejak September, tetapi masih belum menerima iPhone tersebut.

img_20161218_100605Bagaimanapun, Coco telah memberi respon di Instagram bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut kerana dia hanya menerima pesanan untuk penjual iPhone prabayar bagi pihak rakannya. Sekiranya pembeli tidak menerima iPhone tersebut, bukan tanggungjawab dirinya sebaliknya ia masalah antara pembeli dan penjual sahaja.

Coco juga mendakwa telah membuat laporan polis mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan tersebut kerana tidak mengambil upah, malah mendakwa nilai wang yang dibayar oleh pembeli tersebut “tidak cukup untuk membeli kasutnya” dan dia akan mencampakkan sahaja wang tersebut kepada  pembeli.

img_20161218_100609Persoalannya, benarkah Coco tidak mengambil untung atau upah dalam pembelian ini sedangkan dia pernah menerbitkan video mendakwa dirinya seorang materialistik dan apa saja yang dilakukan olehnya mestilah mendatangkan keuntungan?



Dan apa yang lebih menarik, Marshaira telah memadam status Instagram tersebut selepas itu.

Sebelum ini, seorang ‘Tweetfamous’ yang menggunakan tweethandle @brgsjks juga telha menyahaktif akaun Twitternya yang mempunyai ratusan ribu pengikut kerana mengambil pesanan iPhone prabayar untuk seorang penjual, bagaimanapun penjual tersebut telah lari bersama wang-wang tersebut. Apabil pembeli mula bertanya mengenai iPhone yang telah dibayar itu, dan meminta @brgsjks bertanggungjawab, dia telah menyahaktif akaun Twitternya.


Apa yang beoleh dipelajari dari dua kes ini, jangan mudah terpedaya dengan iklan ‘iPhone prabayar’ oleh Instafamous atau Tweetfamous di media sosial.

Tetapi kata orang ‘terlajak perahu boleh diundur’. Penulis mencadangkan mereka yang telah ditipu oleh penjual ‘iPhone prabayar’ untuk membuat laporan polis dan juga laporan ke i-tribunal pengguna berama-ramai. Sebarkan juga mengenai kes penipuan seperti ini supaya tidak ada pengguna lain yang akan tertipu.

Siapakah Coco @ Marshaira Ismail? Netizen mengatakan dia bekas pelajar sebuah Politeknik di utara tanah air dan pernah menjadi ketua dikir barat sewaktu di sekolah. Dia juga dibesarkan di sebuah Pusat Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.

Khabarnya, telor mat salleh beliau tidak wujud sebelum ini. Jelasnya, ia hanya wujud setelah Coco ‘mencipta nama’ melalui Instagram dengan memuat naik gambar-gambar dan video beliau berpakaian ranggi dan seksi. –amazingnara.com

Sumber: Twitter @arJUJUmand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...