Sebelum ini, seorang gadis Melayu yang menggunakan nama ‘Coco’ di Instagram menjadi viral kerana menerbitkan video dirinya bercakap dalam bahasa Melayu tetapi dalam telor “Mat Salleh” kerana dirinya mempunyai pelbagai darah kacukan antaranya Pakistan, Serani dan Cina.
Apa yang menarik, penguasaan kosa kata dan tatabahasa Inggeris Coco menyedihkan walaupun memiliki telor Mat Salleh ketika beraksi di videonya. Video Coco itu mendapat reaksi ribuan Netizen yang rata-rata meyampah dengan telor mat salleh beliau. Ia juga menyebabkan berpuluh video parodi dihasilkan untuk mengejek Coco oleh para Netizen.
Melalui Twitter @arJUJUmand, seseorang mendedahkan telah memesan secara prabayar seunit iPhone melalui Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, sejak September, tetapi masih belum menerima iPhone tersebut.
Bagaimanapun, Coco telah memberi respon di Instagram bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut kerana dia hanya menerima pesanan untuk penjual iPhone prabayar bagi pihak rakannya. Sekiranya pembeli tidak menerima iPhone tersebut, bukan tanggungjawab dirinya sebaliknya ia masalah antara pembeli dan penjual sahaja.
Coco juga mendakwa telah membuat laporan polis mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan tersebut kerana tidak mengambil upah, malah mendakwa nilai wang yang dibayar oleh pembeli tersebut “tidak cukup untuk membeli kasutnya” dan dia akan mencampakkan sahaja wang tersebut kepada pembeli.
Persoalannya, benarkah Coco tidak mengambil untung atau upah dalam pembelian ini sedangkan dia pernah menerbitkan video mendakwa dirinya seorang materialistik dan apa saja yang dilakukan olehnya mestilah mendatangkan keuntungan?
@arJUJUmand ju! kan dalam video ni dia ada cakap dia materialistik! eh tetiba harini sembang tak hadap duit pulak!? pic.twitter.com/UjdQYl3pqa
— Amirah Nadia (@aminahnadia90) December 16, 2016
Dan apa yang lebih menarik, Marshaira telah memadam status Instagram tersebut selepas itu.
Sebelum ini, seorang ‘Tweetfamous’ yang menggunakan tweethandle @brgsjks juga telha menyahaktif akaun Twitternya yang mempunyai ratusan ribu pengikut kerana mengambil pesanan iPhone prabayar untuk seorang penjual, bagaimanapun penjual tersebut telah lari bersama wang-wang tersebut. Apabil pembeli mula bertanya mengenai iPhone yang telah dibayar itu, dan meminta @brgsjks bertanggungjawab, dia telah menyahaktif akaun Twitternya.
ramai yang tak tahu ke Anep Brgsjks dah deactivated twitter since brgiphone dah ranapkan masa depan dia? Ha deal lagi dgn ip preorder penipu
— ? (@mhdhmhli) December 14, 2016
Apa yang beoleh dipelajari dari dua kes ini, jangan mudah terpedaya dengan iklan ‘iPhone prabayar’ oleh Instafamous atau Tweetfamous di media sosial.
Tetapi kata orang ‘terlajak perahu boleh diundur’. Penulis mencadangkan mereka yang telah ditipu oleh penjual ‘iPhone prabayar’ untuk membuat laporan polis dan juga laporan ke i-tribunal pengguna berama-ramai. Sebarkan juga mengenai kes penipuan seperti ini supaya tidak ada pengguna lain yang akan tertipu.
Siapakah Coco @ Marshaira Ismail? Netizen mengatakan dia bekas pelajar sebuah Politeknik di utara tanah air dan pernah menjadi ketua dikir barat sewaktu di sekolah. Dia juga dibesarkan di sebuah Pusat Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.
@CarlQusyairi @arJUJUmand pic.twitter.com/VCZl8ULovJ
— Maganda (@Kuwna) December 16, 2016
Sumber: Twitter @arJUJUmand
Awang Tempatan
May 31, 2017 at 10:39 am
Dia kata 1K-2K celah gigi dia je.. lepas tu lagi kata dia akan gerenti bayar sendiri kalau iphone tak dapat, lepas tukar pulak ayat, kalau nak tipu baik tipu 1m-2m baru la kaya jugak.. kahkahkah.. Ini semua sandiwara je. Buat rakyat Malaysia amnya, sudah2 lah tu asik kena tipu je beramai2 je, nak kaya cara senang kena tipu dengan Skim macam2 (Swisscash, sesetengah MLM, Emgoldex, Future Barrel bagai..), yang nak bercinta kena tipu dengan awang Afrika, nak berpuasa kena tipu dengan peniaga Pasar Ramadhan, nak beli kereta mewah murah kena tipu dengan ejen deposit hilang, sampaikan nak ke syurga pun kena tipu juga dengan Ayah Pin. Malaysia seperti menuju ke arah masyarakat yang sakit.
Sue Drake
March 12, 2017 at 2:58 pm
Pelik, cakap Melayu tak pandai, cakap inggeris pun meraban2. Cakap bahasa lain pun tak tau. So, basically, just a fake!