CoCo Ichibanya; Restoran Kari Terkenal Jepun Yang Menghidangkan Menu Halal

Trending

CoCo Ichibanya; Restoran Kari Terkenal Jepun Yang Menghidangkan Menu Halal

Jika dibandingkan dengan dahulu kala, di Jepun kini sudah mula mudah untuk mendapatkan makanan yang halal. Ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan di sana yang ingin meningkatkan ekonomi mereka dengan memasuki pasaran makanan halal bagi umat Islam.

Advertisement

Dilaporkan setiap tahun terdapat ribuan pelancong dari negara-negara Islam yang memasuki negara mereka bagi tujuan pelancongan. Restoran-restoran di dalam kawasan lapangan terbang di sana telah banyak menyediakan menu makanan halal bagi memastikan umat Islam yang melancong di sana dapat merasai rasa makanan Jepun.

Restoran nasi berkari (rice curry) yang terkenal di sana, CoCo Ichibanya juga merupakan salah satu restoran yang tidak melepaskan peluang untuk menarik pelancong umat Islam bagi menikmati rasa nasi berkari mereka. CoCo Ichibanya merupakan restoran rangkaian yang menyediakan menu kari yang terbesar di Jepun dan ianya sangat popular di sana kerana harganya yang berpatutan.

Seperti dapat dilihat di dalam gambar di atas, tanda “Halal” di dalam tulisan jawi terpapar dengan jelas pada papan tanda kedai mereka. Daging dan bahan-bahan lain yang digunakan bagi menghasilkan kari itu telah diiktiraf halal oleh sebuah badan organisasi yang diberi nama NAHA (Nippon Asia Halal Association). Organisasi ini terdiri daripada umat Islam dari pelabgai negara seperti Indonesia, Pakistan, India yang diketuai oleh Dr. Saeed Akhtar.

Rangkaian restoran halal yang baru dibuka pada hujung September lalu itu, menyediakan menu seperti kari keema ayam, kari seafood dan kari lembu. Menurut seorang penduduk Jepun yang pernah ke restoran halal ini, rasa kari itu sendiri tidaklah berbeza dengan rasa kari yang terdapat di restoran CoCo Ichibanya yang lain (restoran bukan halal mereka).

Bagi mereka yang ada perancangan untuk melawat negara matahari terbit ini, boleh la anda mencuba menu nasi berkari tersebut. Tapi jangan terkejut dengan rasa kari mereka kerana proses pembuatan kari mereka tidak sama dengan kari yang kita selalu nikmati kerana tiada rempah yang digunakan. Kepada mereka yang sudah merasa akan kari ini, apa komen anda? Sedap ke tak??

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...