Sebut sahaja nama penyanyi Zizi Kirana, pasti ramai yang mengetahui tentang penampilannya yang seksi dan ‘daring’. Sering memuat naik foto yang agak menggiurkan, tentu sekali beliau membuatkan ramai jejaka tidak keruan.
Antara yang dikatakan tidak tahan melihat keseksian Zizi adalah Coach Yin. Menerusi sebuah portal hiburan, kekasih Nur Sajat itu dikatakan meninggalkan komen yang agak nakal di akaun Instagram Zizi. Tentulah ramai yang memerli, akhirnya Coach Yin mengidamkan seorang perempuan tulen.
Tidak tahan terus diperli dan difitnah, Coach Yin bukan beliau yang meninggalkan komen berbaur lucah itu. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun palsu menggunakan namanya.
Caoch Yin berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang terus membuat tuduhan yang bukan sahaja menjejaskan imej tetapi periuk nasinya juga.