Coach Cerai Perjelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, Hadir Ke Mahkamah Atas Dasar Kawan

Kehidupan

Coach Cerai Perjelas Hubungan Dengan Uqasha Senrose, Hadir Ke Mahkamah Atas Dasar Kawan

Isu rumah tangga pelakon Uqasha Senrose dan suaminya yang juga aktor Kamal Adli terus mendapat perhatian apabila munculnya individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Coach Cerai’.

Individu berkenaan, Izary Ikhbal, menjelaskan bahawa Uqasha sememangnya telah mendaftar dalam program bimbingan yang dikendalikannya, namun belum sempat memulakan sesi coaching secara rasmi.

Advertisement

Berkaitan dengan Uqasha, bukan rahsia bahawa dia telah mendaftar dalam program saya. Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, dia belum sempat lagi memulakan sesi coaching yang sebenar.

Izary turut menepis dakwaan berhubung hubungannya dengan Uqasha apabila menjelaskan kehadirannya di mahkamah sebelum ini hanyalah sebagai rakan, selain memaklumkan bahawa Uqasha menjadi rapat dengan isterinya.

Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya, dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan.

Dalam pada itu, Izary Ikhbal turut meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap dirinya tanpa usaha untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Pihak berkuasa agama bertindak atas aduan terhadap Cerai Coach dengan kenyataan ringkas dan tidak komited. Tiada usaha untuk menghubungi saya.

Tidakkah mereka ingin menyiasat atau sekurang-kurangnya mendengar dari pihak saya? Penjelasan saya? Bagaimana jika saya benar-benar menjadi ancaman kepada masyarakat?

Bagaimanapun, Izary berkata beliau menerima perkara tersebut dengan hati terbuka dan menganggap pihak berkuasa mungkin berdepan kekangan tertentu dalam menjalankan siasatan.

Namun, saya juga harus adil dan tidak cepat menilai mereka. Mungkin mereka benar-benar kekurangan sumber, tenaga kerja, atau sistem yang diperlukan untuk menyiasat setiap aduan dengan mendalam.

Tetapi hasilnya tetap sama. Mereka telah melakukan apa yang mereka anggap perlu. Dalam proses itu, maklumat salah dan kebencian dibiarkan berleluasa dan membesar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-21 11:23:26

Isu 'Gender Reveal' Depan Kaabah, Suami Neera Azizi Digantung Tugas Sebagai Mutawif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...