Coach cerai, Mohd Izary Muhammed Ikhbal sekali lagi mencuri perhatian selepas memberi bayangan bahawa salah seorang kliennya, yang juga seorang selebriti, mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Walaupun tidak mendedahkan identiti individu tersebut, Izary berkata dia sendiri telah melihat beberapa bukti yang ditunjukkan kepadanya.

Ini contoh, selebriti tunjuk muka dan badan lebam, ketika mengandung dipukul dan itu semua ada bukti. Saya juga melihat rakaman tetapi ini hanya contoh kalau ada klien begini.
Menurutnya, selebriti berkenaan turut mengalami kecederaan seperti lebam dan muka bengkak, namun masih belum membuat laporan polis.
Laporan polis belum dilakukan sebab saya bukan individu yang patut menasihatkanya dalam hal tersebut.
Izary mendedahkan perkara itu dalam podcast bersama Caprice baru-baru ini. Katanya lagi, video yang ditunjukkan kepadanya turut mengandungi pelbagai kata cacian daripada pasangan selebriti tersebut.
Beliau turut menceritakan bahawa selebriti itu datang sendiri ke rumahnya dan berbincang selama lapan jam mengenai apa yang dialaminya.
Ketika saya melihat video itu, terkandung kata makian.Gambar juga ada banyak dan mungkin ketika itu tak mahu buat laporan polis sebab masih sayang dan sebagainya.
Walaupun Izary menegaskan semua yang dikongsikannya sekadar ‘contoh’, ramai netizen percaya kenyataannya seolah-olah merujuk kepada kemelut rumah tangga sepasang selebriti terkenal yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Caprice pula berpendapat bahawa apa sahaja kes berkaitan keganasan harus dibuat laporan kerana ia sudah diklasifikasikan sebagai jenayah.
Terdahulu, Izary menjadi tumpuan apabila hadir menemani pelakon Uqasha Senrose di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding perceraian keduanya dengan Kamal Adli.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
