“Club Dah Buka Semula, Tengok Sekeliling Takut Viral Balik Pulak” – Buat Status IG, Puteri Sarah Perli Siapa?

Hiburan

“Club Dah Buka Semula, Tengok Sekeliling Takut Viral Balik Pulak” – Buat Status IG, Puteri Sarah Perli Siapa?

Hantaran terbaru pelakon, Puteri Sarah melalui Instagram Storynya baru-baru ini seperti memberi peringatan kepada seseorang yang didakwa sering menjejakkan kaki ke kelab malam.

Difahamkan, kelab malam kini sudah mula beroperasi setelah diberhentikan untuk waktu yang agak lama kerana negara dilanda dengan wabak COVID-19.

Advertisement

Di dalam hantaran tersebut, Sarah tidak menyebut nama individu terbabit tapi sempat meninggalkan pesanan buatnya.

status puteri sarahSumber : xtra  

Jika dilihat dalam status yang dilakukan, pelakon terbabit meminta agar individu itu untuk berhati-hati apabila menjejakkan kaki ke kelab malam kerana bimbang ada yang memerhati dan akan menjadi viral semula.

Dalam pada masa yang sama, turut menasihati untuk menjaga diri kerana wabak COVID-19 masih ada, jadi bimbang dijangkiti virus tersebut.

Sebelum ini, Puteri Sarah tampil membalas komen seorang wanita bernama ‘Khairunnisa’ kerana membuat fitnah tentang dirinya enggan bercerai dengan suami iaitu Syamsul Yusof kerana mahu memiliki kekayaan suami.

Bagaimanapun, pengurus pelakon itu tampil kehadapan memperjelaskan Sarah sama sekali tidak memerlukan kekayaan semuanya kerana dirinya sendiri mampu untuk menanggung diri serta keluarga.

Pengurus puteri sarah bersuara
2 years ago

"Dia Tak Heran Pun Title 'Kaya' Tu.." - Pengurus Bersuara, Kata Puteri Sarah Pandai Berdikari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...