Setelah kontroversi melibatkan salah guna dadah melanda dirinya, penyanyi Cliff Umar berazam untuk memulakan kehidupan yang baru.
Terbaru, Cliff Umar atau nama sebenarnya Umar Joseph Abdullah itu berada di Indonesia dan kini sedang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Cliff berkata dia tidak untuk melakukan apa-apa pekerjaan asalkan halal.
Rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk, dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.
Namun begitu, Cliff tidak mengulas lanjut mengenai penghijrahannya ke negara seberang itu.
Terdahulu, penyanyi Cliff Umar telah didenda sebanyak RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana memiliki dan memberi dadah kepada dirinya sendiri pada Mei lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.