November 18th, 2012

Di sebalik kemenangan lagu Patah Seribu sebagai Lagu Terbaik AIM19, terpalit kontroversi yang telah menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminat Shila Amzah. Kontroversi ini terjadi ketika nama Shila diumumkan sebagai pemenang. Ketika kamera fokus kepadanya, Shila dilihat telah bersalam cium tangan Sharnaaz Ahmad yang merupakan kekasihnya.

shila ium tangan sharnaaz

Abang Nara terus teringat kontroversi yang terjadi kepada Nabil Raja Lawak satu ketika dahulu ketika diumumkan selaku Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH. Peminat Shila Amzah melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan ini ternyata bertentangan dengan imej bertudung yang dibawanya.

shila ium tangan sharnaaz

Kemungkinan besar, Shila tidak menyedari apa yang dilakukan kerana “heat of the moment”. Orang kata minda di bawah sedar. Tup-tup tengok tangan dah bersalam dengan Sharnaaz dan tercium. Apa pun semoga Shila lebih berhati-hati di masa hadapan terutamanya ketika siaran langsung sebegini. Cinta hati cinta hati juga, contoh yang baik haruslah ditunjukkan. Tak gitu?

P.S: Replica Batmobile 1960 dengan enjin V8 untuk dijual.


218 responses to “Cium Tangan Sharnaaz, Shila Amzah Cetuskan Kontroversi Di AIM19”

  1. gunting biru says:

    Jangan asyik mengata orang, sekali benda tu jadi kat korg, baru korg teringat n rasa sndiri… Shila,may u receive lots of berkat from Allah Taallah.. though i m not fancy on u, but i still enjoy ur singing… lots of improvement from the 1st competition!

Loading...