Cium Dahi Wanita Misteri Atas Pentas, Ariff Bahran Dah Nikah Tiga Bulan Lalu?

Hiburan

Cium Dahi Wanita Misteri Atas Pentas, Ariff Bahran Dah Nikah Tiga Bulan Lalu?

Penyanyi, Ariff Bahran membuat kejutan apabila bertindak mencium dahi seorang wanita secara siaran langsung ketika acara Anugerah Drama Sangat (ADS).

Ariff atau nama lengkapnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, mengucup dahi wanita yang sebenarnya merupakan isterinya selepas menamatkan persembahan dengan Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Bicara Rasa.

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan pengacara acara terbabit, Nabila Huda yang tampil menjelaskan keadaan dan status terkini Ariff.

Ariff Bahran

Wanita yang Ariff cium dahi tadi merupakan isteri yang sudah dikahwininya tiga bulan lalu.

Namun, Ariff, 23, masih belum mendedahkan perkara tersebut dan identiti sebenar isterinya juga belum diketahui secara terperinci oleh orang ramai.

@datukaznilnawawi

Kezutan dari Ariff Bahran uols!!! Anugerah Drama Sangat 2021

? original sound – Datuk Aznil Nawawi – Datuk Aznil Nawawi

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kata Akhirmu itu mengakui sedang mengenali seorang gadis dikenali sebagai Myra Ridzuan yang bekerja dalam produksi penerbitan beberapa tahun lalu.

Dia memang kekasih saya dan perkongsian foto dibuat dalam Instagram adalah penjelasan hubungan kami serius.

Tegas Ariff, dia dan wanita berkenaan memang merupakan pasangan kekasih dan pihak keluarga masing-masing sudah sedia maklum tentang hubungan istimewa mereka.

Baca: Sayu.. Kucing Ariff Bahran Terjatuh Dari Tingkat 10, Titip Ucapan Selamat Tinggal Buat Peminat Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...