Semalam, tular pendedahan di Instagram daripada balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah bahawa dirinya serta anak lelaki, Hamzah terkena buatan sihir dan meminta pertolongan orang ramai untuk dapatkan rawatan secara Islam.
Meskipun memuat naik hantaran tersebut di platform media sosial untuk meminta bantuan orang ramai kerana sudah ‘penat’ melalui fasa tersebut, ada juga beberapa netizen menasihati wanita tersebut agar tidak terlalu terbuka memberitahu dirinya terkena buatan sihir.
View this post on Instagram
Ia kerana berasa risau jika Hidayah mendedahkan musibah yang terjadi secara umum, sihir yang dihantar akan bertambah parah jika si pelaku lihat keadaan terkininya.
Namun begitu, ada juga sesetengah netizen turut sempat berkongsikan pengalaman diri mereka yang pernah melalui fasa di sihir oleh orang lain.
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar ibu tunggal tersebut kuat hadapi ujian ini dan tidak putus asa berdoakan kepada Allah SWT agar sentiasa dilindungi serta urusan dipermudahkan.