Sebagai wanita, rasa selesa itu penting, terutamanya ketika menggunakan sebarang pengangkutan awam
Atas permintaan ramai melalui media sosial setelah sekian lama, Grab akhirnya menjadikan Women-Only Rides (Beta) sebagai realiti. Terima kasih Grab!
Apa itu Women-Only Rides (Beta)?
Permintaan ini bukan sahaja datang daripada pengguna, malah daripada rakan pemandu Grab sendiri.
Ciri ini memadankan penumpang wanita secara eksklusif dengan rakan pemandu wanita yang sedang bertugas.
Semua ini demi mencipta ruang di mana kedua-dua pihak yakin dalam keadaan selamat dan selesa disamping ciri keselamatan sedia ada seperti butang kecemasan dan pemantauan masa nyata.
Macam mana Women-Only Rides (Beta) berfungsi?

Bermatlamat mewujudkan persekitaran lebih selesa dan inklusif untuk wanita, Grab menekan beberapa aspek dalam Women-Only Rides (Beta) ini.

Hanya dipaparkan kepada penumpang wanita
Antaranya rides ini hanya boleh dilihat oleh penumpang wanita dan juga rakan pemandu wanita sahaja melalui fungsi Advance Booking. Ciri Women-Only Rides (Beta) buat masa ini, hanya tersedia di Lembah Klang.
Untuk memastikan ketelusan, perkhidmatan ini hanya dipaparkan kepada penumpang wanita dan memerlukan pengesahan jantina bagi memastikan pengalaman yang selesa serta membina kepercayaan antara penumpang dan pemandu.
Penumpang juga perlu melengkapkan pengesahan identiti sekali sahaja menggunakan MyKad atau pasport bersama selfie. Maklumat ini akan disemak dengan rekod rasmi kerajaan bagi membolehkan akses kepada perkhidmatan ini.
Perkhidmatan ini melengkapi infrastruktur sedia ada seperti gerabak kereta api khusus wanita dan zon parkir wanita, dengan menyediakan sambungan perjalanan awal dan akhir yang lebih selamat.

Buat kaum wanita, jom cuba sendiri Grab Women-Only Rides (Beta) untuk pengalaman lebih selesa. Ikuti Grab di Facebook dan Instagram untuk update terkini.



