Ciri dark mode pada aplikasi WhatsApp antara ciri yang paling banyak diminta dan akhirya kini ianya boleh didapati oleh pengguna iOS dan Android. Dengan ciri dark mode ini, anda boleh menyemak mesej WhatsApp dengan cahaya rendah dan tidak memaksa mata anda untuk menerima cahaya yang terlalu terang menerusi aplikasi tersebut.
Untuk membolehkan anda menggunakan ciri dark mode ini, anda perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi yang terkini.
Bagaimanapun, dark mode akan diaktifkan secara automatik apabila anda beralih ke mod gelap dalam tetapan sistem telefon anda untuk iOS 13 dan Android 10. Bagi pengguna yang masih menggunakan Android 9 dan ke bawah, anda boleh mengaktifkan dark mode dengan cara pergi ke tetapan WhatsApp melalui settings > chat > theme dan pilih untuk tukar kepada ‘dark’.
Menurut WhatsApp, mereka telah mengambil masa bereksperimen dan meneliti ciri dark mode dengan penekanan yang lebih tinggi kepada setiap lapisan kebolehbacaan dan carian maklumat.
Mereka telah memilih warna yang mampu meminimumkan keletihan mata dan lebih dekat dengan penetapan pilihan sistem lalai pada iPhone dan Android. Selain itu, mereka juga menggunakan warna dan rekabentuk elemen yang mampu memastikan fungsi ciri dark mode menonjol dalam ciri ini.
Selepas beberapa aplikasi lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram mempunyai ciri dark mode, aplikasi WhatsApp telah dijangka bakal memperkenalkan ciri yang masa pada tahun lepas.
Baca: Aplikasi WhatsApp Bakal Hadir Dengan Tema ‘Dark Mode’ Untuk Penggunanya