Ciri Baru WhatsApp Bantu Anda ‘Tinggalkan’ Group Chat Tanpa Diketahui

Teknologi

Ciri Baru WhatsApp Bantu Anda ‘Tinggalkan’ Group Chat Tanpa Diketahui

Mesti anda pernah rasa ‘rimas’ berada dalam beberapa group chat WhatsApp. Mana taknya, dalam group selalu sangat hantar mesej-mesej yang tak penting kan.

Lepas tu akan ada dilema sama ada nak left group atau tak, kalau left nanti ada yang sentap kemudian akan ada yang invite masuk group tu semula.

Advertisement

Mungkin ada antara anda yang gunakan fungsi mute sebelum ni supaya tak dapat notifikasi daripada mana-mana group chat. Ada beberapa pilihan untuk mutekan notifikasi dan mesej yang boleh dipilih sama ada lapan jam, seminggu atau setahun.

Ini bermakna anda masih akan menerima apa-apa mesej yang dihantar ke group chat, tetapi anda tidak akan melihat mesej tersebut kerana telefon anda tidak akan bergetar atau berbunyi ketika terdapat mesej baru.

Tetapi mungkin fungsi mute tu masih belum boleh buat korang rasa ‘aman’ kan.

Jadi jangan risau, WhatsApp akan memperkenalkan fungsi terbaru yang akan menyembunyikan mesej atau group chat yang telah dimute tanpa perlu meninggalkan group itu atau memadam applikasi tersebut dari telefon pintar anda.

Laman web WABetaInfo melaporkan ciri tersebut dengan lebih tepat akan dipanggil Vacation Mode, yang apabila dihidupkan fungsi tersebut, ia membolehkan pengguna untuk menghalang mesej yang telah berada dalam archived atau arkib daripada muncul kembali selepas dimutekan.

Untuk masa sekarang, semua perbualan yang telah diarkibkan akan muncul semula apabila ada perbualan baru yang masuk walaupun telah dimutekan perbualan tersebut.

Bagi mereka yang betul-betul ingin berhenti mendapatkan mesej-mesej daripada group chat, jangan lupa untuk mematikan fungsi ‘off message’ supaya mesej-mesej tersebut tidak lagi muncul di skrin telefon anda.

Ciri terbaru ini akan ada pilihan on atau off di dalam tetapan, jadi apabila pengguna sudah bersedia nak melihat kembali mesej-mesej yang telah diarkibkan tersebut, mereka hanya perlu matikan fungsi vacation mode itu dan mesej-mesej baru akan diterima masuk semula.

Buat masa sekarang, ciri ini sedang dibangunkan, dan diinspirasi berdasarkan ciri yang baru dilancarkan untuk pengguna Android WhatsApp yang dipanggil Silent Mode.

Silent Mode berfungsi dengan aplikasi Android bernama App Badge, yang akan memaparkan nombor pada bilangan notifikasi yang diterima pada ikon-ikon aplikasi seperti Facebook, Twitter, dan permainan mudah alih.

Diharap fungsi vacation mode ni dapat dilancarkan segera dan semoga dapat menenangkan hidup anda daripada group chat yang ‘menjengkelkan’ itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...